~chapter of my life~

Sunday, September 13, 2009

::hakikatnya::

kadang-kadang kita terlupa..
betapa pentingnya untuk menjaga hati,
bukan hanya hati orang lain,
tetapi juga hati kita sendiri.

kadang-kadang kita tak sengaja..
melukakan hati sendiri untuk menjaga hati orang lain,
atau..
kadang-kadang kita memang sengaja..
menjadi terlalu ego,
untuk menunjukkan bentuk hati kita pada orang lain,
sedangkan ego itu juga satu penyakit hati..
yang hakikatnya melukakan hati kita sendiri..

hakikatnya,
perlakuan itu refleksi hati,..
adakah emosi juga dari hati??
kerana hati terlalu sukar untuk difahami..
begitu juga dengan emosi
apabila adanya rasa tak dihargai..
(itukah yg dirasa??..emosi terlalu sukar ditafsir)


kadang-kadang kita merasakan..
diri cuma diperlukan pada waktu2 tertentu,
hakikatnya,
mungkin kita juga berbuat begitu pada org lain...

~maskydd,2009~

hakikatnya wahai maskidah~

..what goes around always comes around..
jadi..
buangkanlah perasaan yang terlalu sensitif itu

dan

"jika mahu dihargai, perlu terlebih dahulu menghargai orang lain. jika mahu dihormati, hormati dulu orang lain. Jika mahu disayangi, mesti terlebih dahulu menyayangi orang lain"


~ini bkn bermaksud maskydd kekurangan kasih sayang okeyh~!!!~
:kamu tidak terlalu baik maskidah:
~you do make mistake~
~NEVER TAKE PEOPLE FOR GRANTED~


just rambling before bedtime apabila hati ini terlalu merasa terasa

~perlu tido supaya fikiran tidak melayang lebih jauh~
semoga hari esok maskydd lebih baik dari hari ini
saya minta maaf pada semua
selamat malam dunia
~i'm not good, but i want to be better~

1 comment:

Anonymous said...

minta maaf juga zahir dan batin
dan selamat malam juga maskyd~!!
(walaupun dah bape2 malam entry ni posted.sori,baru pasan)

moga hati2 kita dipelihara Allah~

salam eid maskyd ;)