kehadapan ar-raheeq yang amat saya kasihi dan sayangi.
saya menulis di sini kerana saya yakin kamu akan membacanya.
maafkan saya kerana memilih "ar-raheeq" berbanding nama2 kamu yang lain. maafkan saya juga kerana saya tak pernah mempunyai kekuatan utk mengucapkan sendiri di hadapan kamu apa juga yang saya akan tuliskan buat kamu disini.
saya sendiri tak pasti bagaimana saya mahu memulakan bingkisan buat kamu ini.
tapi apa yang saya tahu, saya merasa sebak membaca entry di blog kamu itu.."maaf"..
...maaf kamu saya terima ar-raheeq...
walaupun kamu tidak bersalah apa2 dengan saya sebenarnya. kamu seorang sahabat yang baik..tak pernah mahu menjadi punca kerisauan seorang sahabat yang lain..memang betul, setiap kali saya bertanya tentang kesihatan kamu..
memang itu jawapan kamu..
"sihat2..alhamdulillah"
..seingat saya, jawapan kamu tak pernah berbeza..
adakah itu keadaan yang sebenarnya ar-raheeq??
saya tidak pasti, kamu lebih tahu tentang itu..
dan kamu telah mnjawabnya bahawa ia tentang keadaan fizikal kamu.
maafkan saya juga ar-raheeq,
saya yakin, ada hak kamu yang tidak saya sempurnakan..hak2 yang tak tertunai oleh seorang teman. kamu tahu ar-raheeq, ada sedikit rasa terkilan yang tersimpan dalam hati saya sebenarnya. ketika saya mendapat khabar yang kamu di masukkan ke ward di jordan, saya cuma dapat menitipkan doa buat kamu....agar kamu sembuh dan sihat semula...agar saya masih punya kesempatan bertemu dengan kamu.
kemudian, saya mendapat khabar bahawa kamu di bawa pulang ke malaysia..tapi ketika itu saya terlalu lalai dengan urusan saya sendiri, sibuk dengan persiapan ke oversea.
sehingga saya lupa pada seorang teman yang mungkin memerlukan kekuatan,
iaitu kamu ar-raheeq
...sehinggalah saya tiba di bumi new zealand ini,....sedangkan ketika itu jarak yang memisahkan kita...hanyalah setengah jam perjalanan komuter dari nilai ke seremban..tapi saya tak pernah tiba dihadapan rumah kamu untuk melawat kamu ketika itu...dan jarak kita kini sangat jauh...new zealnd ke malaysia...atau mungkin juga, new zealand ke jordan. saya kesal dan terkilan dengan kealpaan diri sendiri. saya tak menunaikan hak yang sepatutnya kamu terima sebagai seorang sahabat.
maafkan saya ar-raheeq.
saya tak tahu mengapa, saya amat mengelak utk bertanya khabar pada kamu kerana saya tidak tahu apa ucapan terbaik yang dapat saya katakan pada kamu setiap kali kita berchatting.
"jgn lupa mkn ubat"..."jgn miss checkup"..."jaga diri baik2"
"mas sentiasa mendoakn"..."semuanya ada hikmah"
..saya rasa ucapan2 saya itu tak mampu memberi kekuatan pada kamu ..
saya tak tahu kenapa ar-raheeq, saya menjadi terlalu takut,
maafkan saya sekali lagi ar-raheeq
hari ini 23 haribulan, saya tak mahu kamu bersedih,
dengan penerbangan ke jordan yang terpaksa dibatalkan itu
..jangan bersedih..
saya hanya mahu kamu sembuh dan sihat..
saya yakin ar-raheeq,
satu masa nanti
kamu akan dapat kembali ke jordan
dan meneruskan perjuangan yang tertangguh
..biiznillah..insyaALLAH..
kamu perlu kuat, kamu mesti terus kuat
andai saya mampu, ingin saya pinjamkan kekuatan saya,
walaupun saya tak sekuat mana,
saya berharap kekuatan saya yang sedikit itu mampu membantu kamu.
saya tahu kamu memang sangat tabah
teruslah menjadi tabah wahai sahabat..
jika tidak, kamu bukan lagi SPIRITO~!!!
spirito perlu ada spirit yg tinggi~!!
saya mendoakan pembedahan pemindahan sum2 tulang itu berjaya,
dan dijalankan secepat mungkin, andai itu yang terbaik buat kamu.
dan semoga kamu cepat sembuh dan kita akan bertemu hujung tahun ini
~ameen~
::maafkan segala khilaf saya::
~i'm not good, but i want to be better~
2 comments:
dear miss dhiya'annisa~
sgt touched dgn entry ni
seriously berair mata..
tiada apa yg salah pada kamu
malah saya sgt2 berterima kasih atas doa2 yang kamu titipkan,sokongan2 yang kamu ungkapkan walau sekadar di alam maya.saya sgt2 menghargainya.
terima kasih sahabat!!
moga saya dan juga kamu terus kuat dan tabah dalam menempuh hidup yg xmudah ini.
insyaAllah,ada rezki kita akan berjumpa jua nnt :)
saya sayang kamu~
dear arraheeq...
kita berdoa,berusaha, dan bertawakkal...
bile operation tu dah confirm...do inform me ok..
saya syg kamu juga..sgt2..
Post a Comment